بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَِن الرَّحِيْمِِ Selamat Datang Ke BLoG Sutan Maakad Jerantut

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَِن الرَّحِيْمِِ

AYAT SYIFA' - At-Taubah ( surah 9 : ayat 14-15 )

قَاتِلُوهُمْ يُعَذِّبْهُمُ اللّهُ بِأَيْدِيكُمْ وَيُخْزِهِمْ وَيَنصُرْكُمْ عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُورَ قَوْمٍ مُّؤْمِنِينَ

وَيُذْهِبْ غَيْظَ قُلُوبِهِمْ وَيَتُوبُ اللّهُ عَلَى مَن يَشَاء وَاللّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Alhamdulillah..

Assalamualaikum pada semua pengunjung blog, apa yg hendak dipaparkan dalam blog ini tidak lain hanya untuk berkongsi pandangan, pendapat dan idea,

selamat membaca.

Dunia dan Masa

Sunday, December 6, 2009

HIPNOTISME

hipnosis adalah satu pencapaian yang menakjubkan.. orang dulu2 kata hipnosis adlah salah satu bahagian ilmu ghaib.. tapi zaman moden sekarang nih lebih kepada ilmu ilmiah.. yang dimulakan dengan saranan..

HYNOTISME.

betapa popularnya hipnosis nih bukan sahaja dipelajari oleh orang biasa bahkan ahki korporat, ahli akrobatik,show mistik, dan juga cendiakawan dan para ilmuan.dari lapisan bawah hingga ke lapisan atas.
anda sememangnya perlu mengetahui apakah sebenarnya perjalanan hypnotisme ini

Hampir setiap orang sebenarnya melakukan saranan ini, dalam hubungannya pendidikan orang tua kepada anak2, penjual kepada pembeli, guru kepada murid, doktor dengan pesakit dan pemimpin dengan rakyat.
contoh.. seorang penjual kain dengan customernya, "untuk barang ni saya berikan dengan harga borong. biarlah untuk anda saya tak de hal. cuba lihat....'' penjual itu menyuruh memegang kain dengan mimik muka yg seruis."kain ini memang yang terbaik, halus dan tidak luntur. Anda cukup sensitif dalam memilih kain begitupun warna dan corak yang anda pilih serasi benar dengan potongan anda.

jika si pembeli tidak menolak, maka beranggapan seperti apa yang dikatakan oleh penjual. ia akan melihat kain itu lebih menarik halus dan baik, serta harganya murah. dengan senang hati dibelinya kain tersebut."

contoh yang diambil dari dari DR. J. Wanterink tentang saranan.
"berdasarkan keputusan mahkamah, maka di sebuah kota ada sebuah kawasan perkuburan yang perlu digali berikutan mayatnya akan di bedah siasat. hanya pegawai2 rasmi, juga turut hadir beberapa mahasiswa dan siswi. penggalian di teruskan, maka terciumlah oleh beberapa mahasiswa dan siswi itu bau mayat yg telah membusuk. bahkan salah seorang mahasiswi jatuh pengsan kerana tidak tertahan bau yang di keluarkan dari kubur tersebut. ketika keranda dibuka,tidak ada apa2 langsung didalamnya" jadi sebenarnya bau busuk itu tidak ada.mahasiswa dan siswi itu mencium bau busuk kerana saranan.
untuk lebih jelas saya ada contoh lain yang diambil dari Prof A.Ghazali M.A.cs mengenai saranan.
ditempat2 peranginan yang bergunung ganang biasa sejuk contoh cameron,
dimalam hari di rumah pesinggahan kerap kali dinyalakan api tempat tetamu berdiam diri.pada satu malam beberapa orang tetamu duduk mengelilingi api seraya berbual-bual. salah seoarang daripada mereka telinga dan mukanya menjadi merah kerana kepanasan. oleh kerana itu ia berkata kepada tuan rumah "bolehkah api ini dikecilkan sedikit? terlalu panas rasanya" tuan rumah itu tercegang. "itu bukan api" ujarnya. "itu hanya lampu kecil yang diselubungi kertas merah, lalu diletakkan kayu2 agar nampak cantik bilik tetamu ini. malam ini sengaja tidak dinyalakan api, kerana bagi kami tidak seberapa dingin."

jadi jelaslah bukan kerana api yang tetamu itu merasa panas melainkan kerana saranan.
keadaan kayu yang disinari oleh lampu merah kelihatan seperti kayu yang membara dan panas yang menyorot kemuka dan bahagian tubuh para tetamu. kenangan panas di mindanya terbangkit2. maka perasaan panas itu dirasai oleh para tetamu tersebut.

seoarang pesakit menerima kertas resit dari doktor yang memeriksanya. " ini ubatnya jika minum ubat itu kau akan sembuh" kebetulan pesakit itu adalah orang kampung yang tidak berpengalaman, resit itu tidak ditukarkannya dengan ubat, terus bawak balik.ia meremdamkan kertas itu kedalam segelas air dan setiap waktu dibuat ubat sebagai minuman. ia merasakn badannya sihat kembali dan ia bagitau kepad isterinya bahwa ubat yang doktor bagi tu benar2 mujarab..

dengan beberapa contoh di atas mungkin anda pernah mengalami hal2 yang bersangkutan dengan saranan. mungkin juga anda seorang yg tau saranan. jadi definisi saranan lebih kurang demikianlah..sambung..

Thursday, November 26, 2009


Site Meter

Monday, November 23, 2009

sambungan 1 hantu dan anda

Assalamualikum..
mudah-mudahan berkat kepada anda hari ini..dan akan datang.. InsyaAllah.

baik saya sambung apa yang dicerita minggu lepas..
zaman tu memanglah tak tau apa.. orang cerita pasal hantu kita pun sama.. tapi untuk pengetahuan anda kita sebenarnya tak perlu takut hantu..
1. hantu tak wujud dalam Al-Quran pun tak penah sebut pasal hantu.. yang ada adlah jin dan syaitan.
2. yang mereka2 cerita hal hantu nih memang dari zaman nenek moyang kita kalu nampak je pendek warna hijau di panggil toyol, kalu tinggi dipanggil hantu galah. kalu main nyorok2 waktu petang mak ayah kita cakap" hah main lah nanti kena sorok dengan hantu kopek baru tau" dan yang sebenarnya hantu tidak wujud sama sekali yang wujud adalah manusia, jin syaitan, dan benda2 ghaib yang telah kita maklum..
orang melayu memang pandai bagi nama..

asal usul jin.

1.dalam surah Ar Rahman ayat 15 "dan Dia menciptakan jin dari nyalaan api"
2.dalam surah Al Hijr ayat 27 "Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas"
3.dalam surah Al A`raaf ayat 12 "Saya lebih baik darinya: 'Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakannya dari tanah"
al jan adalah bapa jin gelarannya adalah al-jan(bapa jin) namaya azazil begitu juga manusia Adam gelaranya bapa manusia. azazil ini yang telah dilaknat oleh ALLAH S.W.T kerana tidak sujud kepada Nabi Adam.
azazil juga telah memohon kepada ALLAH S.W.T supaya di panjangkan umurnya sehingga tiupan sangkakala, ALLAH S.W.T tunaikan hajatnya.. tidak lain hajatnya adalah untuk menyesatkan manusia..

jenis-jenis jin
untuk maklumat syaitan itu adalah bangsa jin.. tapi dia jahat dan kafir. tidak semua jin itu adlah kafir, ada juga jin islam yang soleh dan jin yang tidak soleh iaitu (kafir) makhluk jin ini terdapat dalam tiga jenis
1. jenis yang mempunyai sayap dan ia boleh terbang di udara.
2. jenis berupa ular dan kalajengking
3. jenis yang suka berpindah-randah
hadis riwayat at tabraniy, al Hakim dan al Baihaqiy dalam kitab al Asmaa`was sifat dengan sanad yg sahih.

(adakah anda perempuan yg belum kahwin nak tunggu mimpi ular dulu baru nak kahwin)
kalau anda bermimpi ular maknanya ada gangguan lah tu..

Kediaman jin

Rasullullah S.A.W seringkali keluar ke padang pasir bertujuan dakwah dan mengajar kepada bangsa jin ini tentang perkara2 keagamaan.
lokasinya dipadang pasir yang luas, tempat2 kotor, dan tumpang menetap di rumah kita.
hadis diriwayatkan oleh Abu Bakar ibnu `Ubaid berkenaan tipu daya syaitan dari Yazid dengan lafaz
"tidak ada satu kediaman (rumah) pun dari kediaman orang2 islam melainkan turut serta dihuni oleh makhluk jin beragama islam di atas cerucuk atap rumah mereka. apabila hidangan tengahari dihidangkan, maka masing2 (jin) pun bersegera turun untuk makan bersama manusia. dan apabila hidangan malam pula dihidangkan, maka masing2 sekali lagi turun untuk makan bersama mereaka (manusia). ALLAH sentiasa memelihara keselamatan golongan manusia dari (pengkianatan) mereaka (jin)."

Saturday, November 21, 2009

KENAPA PERLU TAKUT HANTU?

tajuk ini memang best je bunyinya... tapi apakah realitinya.. segelintir diantara kita memang tak tahu pasal hantu nih.. apa kebendanya hantu ini?.. sebut je hantu ada di pokok2 semua lintang pukang lari.. sebelum saya pergi lebih jauh. saya nak cerita sedikit mengenai sejarah hidup saya mengenai makhluk ini..
awal tahun 1993
saya pergi mengaji quran pada waktu jam 2ptg habis mengaji jam 3ptg kebiasaanya lah.. so bila time balik mesti kena melintas kat landrover buruk sebelum sampai rumah saya, rasa seram semacam jer naik bulu roma. hari kehari pun sama sehinggalah saya sendiri rasa tak puas hati.. satu hari lepas mengaji saya tunggu dekat land rover buruk tu nak tengok kenapa tempat tu rasa seram.. 1 jam tunggu takde apa yg berlaku. saya pun lalu seperti biasa... jeng..jeng..jeng.. maka ketika itulah apa2 yang saya takuti tu muncul di belakang.. perempuan pakai telekong sembahyang, sambil senyum je.. terus lari lintang pukang.. takut jgk beb.. yang pelik pada siang hari tu bleh menjelma? org kata malam je ada hantu?
ok persolannya kenapa perlu takut? adakah hantu itu buruk sangat?
continue...

KEWUJUDAN MAKHLUK JIN ADALAH BENAR

keimanan terhadap perkara ghaib.........
diantara asas-asas akidah Islam adlah beriman kepada perkara2 ghaib.. memang itulah bentuk sifat keimanan utama yg dimiliki oleh orang yg bertakwa. lihat firman Allah S.W.T dlm surah albaqarah ayat 1-3.  " Alif, Lam, Mim. Kitab (al-quran) ini tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka yg bertaqwa, (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang telah kami rezekikan kepda mereka."
banyak lagi dalil2 dari al quran dalam surah al- ahqaaf29, al-an`aam130, ar-rahman33,al-jin 1, al-jin 6.

Wednesday, November 18, 2009

Membaca Adalah Jendela Ilmu

MEMBACA itu boleh memberikan wawasan yg luas kepada org yg bersangkutan sehingga pengetahuannya berkembang, lebih baik yg dibaca adalah bacaan2 yg bermanfaat dan bermutu..

TULISLAH SENDIRI SEJARAHMU

SEORANG muslim itu ibarat madu. segala sesuatu yg ada padanya sangat berguna. seorang muslim yg baik ialah yg berlaku dermawan terhadap segala yg dimilikinya.

Sunday, November 15, 2009

teknik hipnosis?

salam pada pagi ahad ni..

apakah hipnosis?
ramai dikalangan kita yang tahu apa itu hipnosis.. dan ramai juga yang tahu menafsir hipnosis dan ramai juga yang tahu menghipnosis, hipnosis di negara barat telah diguna pakai sejak berabad2 dulu. tapi hanya nama dan teknik sahaja yang berbeza.

minda bawah sedar kaitannya dengan hipnosis?
ada setengah daripada kita menegaskan hipnosis sama dengan pukau. teknik pukau yang kita tahu menggunakan bacaan mentera supaya orang yang dipukau mengikut arahan kita. ia biasanya melibatkan makhluk kedua. teknik hipnosis adalah menyelam ke alam fikiran bawah sedar. fikiran bawah sedar yang telah menyusun atur elemen2 yang telah kita bentuk dari input2 fizikal, iaitu pendengaran, penglihatan, rasa, bau dan sentuhan dan secara automatik tindak balas fiskal itu beri pada otak untuk di jayakan..

rasukan,hipnosis,pukau. anda nilailah sendiri..

Tuesday, November 3, 2009

kursus anjuran akrine

salam semua kepada pembaca blog.

saya baru sahaja tamat mengikuti latihan rawatan islam yang dianjurkan oleh akademik rawatan islam nur ehsan. (akrine) dan telah diijazahkan pada petang 1hb november 2009.
apa yang saya dapat daripada kursus tersebut amat2 membantu saya dalam bidang rawatan islam ini. pelbagai teknik-teknik rawatan yg telah dibuktikan, secara R&D dan teknologi terbaru rawatan akrine..
bersyukur kehadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izinya saya dapat menghadiri kursus tersebut. ilmu ALLAH itu luas kalau kita tak cari bagaimana nak dapat.. jadi anda2 pikirlah sendiri.
bak kata nabil.

pepatah orang melayu pun ada menyatakan cari lah ilmu hingga ke negeri china..
bagi perawat2 muda macam saya patut membuka minda..

Saturday, October 24, 2009

angkara sihir

salam... kepada semua pembaca..
maklumat kepada semua pembaca saya dapati banyak teknik rawatan perlu dipraktikalkan secara keseluruhan demi menjaga aqidah dan tidak menimbulkan fitnah dalam rawatan..

Thursday, August 13, 2009

metode yang di gunakan dalam rawatan adalah dengan bacaan yassin, selawat tafrijiah, ayat2 Al- Quran, solat hajat dan pelbagai cara yang tidak bertentangan dengan hukum.
metode pembayaran adlah seiklash hati anda, dianggap derma untuk pertubuhan sahaja.
bagi yang memerlukan rawatan saudara/ri perlu membawa air mineral shj..
saya akan update blog ni setiap masa yang ada.. sebarang komen anda amatlah diharapkan...
tq

rawatan alternatif Sutan Maakad

Assalamualaikum w.b.t
pelbagai rawatan kini telah maju dengan teknologi canggih lagi berkesan,
kemajuan teknologi ini juga terbukti dalam beberap kes dalam blog AKRINE yang di asas oleh Utz Majid Hassan. yang pernah saya baca dalm buku terbitan hijjaz diari seorang perawat oleh Ustz Majid Hassan, sebagaimana yg tertulis, jin telah menggunakan Diskete atau cd bagi copy dalam otak manusia tampa ia ada di dalamnye.. Allamdulilah syukur pada Tuhan bahawa oleh kerana pendedahan yg di beri melalui buku tersebut kita lebih berhati2 dengan teknologijin yg makin canggih sekarang ini.

rawatan secara islam sutan maakad, di bimbing 0leh Hj abd Khalid B Bidin asalnya nama diberi sebagai tanda perkenal bagi sesuatu pertubuhan atau persatuan.jadi saya berikan nama ini berkesempatan dengan nama pertubuhan yang dinaungi oleh Hj abd Khalid B bidin iaitu Seni silat sutan maakad.