بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَِن الرَّحِيْمِِ Selamat Datang Ke BLoG Sutan Maakad Jerantut

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَِن الرَّحِيْمِِ

AYAT SYIFA' - At-Taubah ( surah 9 : ayat 14-15 )

قَاتِلُوهُمْ يُعَذِّبْهُمُ اللّهُ بِأَيْدِيكُمْ وَيُخْزِهِمْ وَيَنصُرْكُمْ عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُورَ قَوْمٍ مُّؤْمِنِينَ

وَيُذْهِبْ غَيْظَ قُلُوبِهِمْ وَيَتُوبُ اللّهُ عَلَى مَن يَشَاء وَاللّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Alhamdulillah..

Assalamualaikum pada semua pengunjung blog, apa yg hendak dipaparkan dalam blog ini tidak lain hanya untuk berkongsi pandangan, pendapat dan idea,

selamat membaca.

Dunia dan Masa

Sunday, February 21, 2010

Pernafasan Dan Pembentukan Tenaga Ghaib

Memang hampir semua ilmu ghaib tidak terlepas daripada ilmu pernafasan. Pelajaran prana ini berasal daripada india, mengingatkan disitulah pusat kebudayaan pada zaman silam dan mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap dunia. Asalnya dari Pranayama, yang ertinya kurang lebih demikian: PRANA adalah Vayu yang mengalir di dalam tubuh atau jiwa/roh. YAMA adalah suci ( menghindari segala sesuatu yang tidak baik) Jadi PRANA YAMA adalah jiwa yang suci.

Mengapa semua ilmu ghaib mengamal sistem Pranayama? sebab ilmu ghaib, mengutamakan kekuatan jiwa, kerana berorientasi pada rohani dari semua agama, maka kekuatan jiwa itu sumber dari kesucian. hanya orang2 yang bersih jiwanya yang sanggup mengeluarkan kelebihan2 yang istimewa.

Kemudian pada zaman moden ini ILMU JIWA mengadakan pertemuan dengan ilmu2 ghaib melalui subconcious mind ( separa sedar ) dan bawah sedar. kekuatan atau cakra yang kuat itu ada pada 2 jari dari bawah pusat.

jadi pernafasan ini tidak lain untuk menguatkan daya pengaruh dan hati kita supaya mudah bagi kita menguasi cabang ilmu tersebut

1) Kosongkan fikiran anda
teknik kosongkan pikiran adalah dengan memandang dinding serba putih atau hijau dalam 2 atau 5 minit.
jika ada ganguan atau sebarang bentuk khayalan atau imaginasi lain anda berkata " konsentrasi aku tidak diganggu oleh yang itu"

2) anda menarik nafas dalam-dalam sehingga kempis perut, tahan selama mana dan ketika menahan nafas tersebut anda harus imaginasikan segala penyakit,perkara yang tidak baik apa2 sekali pun keluar bersama.
anda lepaskan nafas tersebut dengan bayangan segala bentuk tenaga negatif turut keluar bersama. ingat keluarkan nafas sehingga habis, sehingga anda rasa koong dan kempis. maka sekarang anda berada dalam pernafasan yang baru, badan anda sekarang telah ditukar dengan oksigen yang baru... segala oksigen yang lama telah anda keluarkan.. bagus...

3) sekarang anda perlu duduk dengan selesa dan tenang tampa berfikir apa2.
niatkan segala ion-ion positif masuk ketika anda menarik nafas. tarik mengikut denyutan nadi atau jantung.

4) contoh Tarik 4saat ( denyutan nadi ) tahan 2 saat, lepaskan nafas 4 saat, kosongkan 2 saat. begitulah seterusnya sehingga anda tingkatkan tahap dengan gandaan dua. 8,4,8,4 dan 10,8,10,8 dan seterusnya.

apabila anda sudah biasa dan dapat mengikuti jejak denyutan nadi dan seirama dengan jantung maka gelombang anda telah sama dan ketika itu anda diperingkat pertama dalam proses pernafasan.

Saturday, February 20, 2010

Latihan Memandang Titik ( hipnotisme )

Getaran batin itu amat perlu dalam pembentukan tenaga dalam dan untuk memperkuatkan keinginan anda.

A) Memandang Titik Putih

Buatlah titik putih pada manilakad atau apa2 kad yang backgroundnya hitam. sebesar benih jagung. dan lekatkan pada dinding. aturlah jarak dengan memindahkan tempat duduk anda, hari demi hari. konsentrasi sama dengan cara memandang lilin. titik putih semakin lama semakin bercahaya mengecil atau membesar.

B) Memandang Titik Hitam

Buatlah titik hitam pada dasar putih dan lekatkan pada dinding, perintahkan terus agar titik hitam itu lenyap atau bergoyang. bukan bererti latihan ini akan melenyapkan titik hitam itu, tetapi akan memantapkan kehendak anda secara kuat.

C) Memandang Jarum Loceng hitam

Jika anda tidak memiliki jam loceng di dinding, dengan itu pergi beli jam dan letak dekat dinding. pandanglah jarum saat yang bergerak dan perintahkan jarum saat itu berhenti berputar atau berpusing terbalik.

D) Memandang Wajah Anda Di Cermin

Berdirilah di hadapan cermin dan anggaplah bayangan anda itu subjek ( orang yang anda nak tundukan ). Pandangan anda kearah jidat ( titik antara dua mata di atas hidung ). waktu anda memandang wajah anda, berikan kata2 didalam hati bahawa anda seorang hipnotist yang kuat. wajah anda membanyangkan sebuah kekuatan yang sanggup menakluk siapa sahaja.

berinteraksi dengan diri dalaman anda.. semudah A,B,C

letakan ibu jari tangan anda pada dada kemudian anda tanya atau self suggestion. ketika itu diri dalam anda sedar bahawa anda sedang berbicara dengan diri dalaman.

Saturday, February 13, 2010

hipnosis2 kekuatan mata

alat penyaluran tenaga kekuasaan yg paling utama adalah mata, bahasa arabnya "ain" that y ada penyakit yg diberi nama "penyakit ain" nanti saya akan terangkan dalam bab lain apa itu penyakit ain.

mata adalah tempat penyaluran tenaga, mata hypnotist penuh cahaya penaklukan, sehingga orang biasa tak akan sanggup menentangnya lama-lama. alat2 penyalur tenaga-tenaga yg ditimbulkan dalam jiwa mata perlu mendapat kekuatan pula dengan melakukan beberapa latihan tertentu.
untuk ini anda dapat melatihnya dengan meletakan lilin, lampu,titik hitam dan titik putih, melihat mata anda dikaca, dan melihat barang yg bergerak seperti jarum jam atau benda lain yg digantung.

MEMANDANG LILIN
letakkan lilin menyala depan mata anda dengan jarak 4meter. jarak ini boleh diubah-ubah, misalnya hari ini dengan jarak 1m, keesokan harinya 2m, dan begitulah selanjutnya sehingga sampai 4m.

perubahan jarak ini adalah untuk menjaga "keelastian" akomodasi mata anda. dlm pandangan mata ini terangkum pula konsentrasi. dan sekaligus anda melatihnya. pusatkan fikiran anda pada lilin tanpa berkedip dlm jangka waktu menurut batas kemampuan anda dan kemudian anda naikkan jangka waktu itu tahap demi tahap sampai anda sanggup memandang tanpa berkedip selama setengah jam,atau lebih lama lagi.
waktu anda membuat latihan ini anda dilarang berfikir tentang orang lain,meyentuh,mendengar dan lain2nya
jagalah jangan sampai terlalu banyak angin menebus mata anda. akhir nanti anda akan melihat api lilin tersebut semakin membesar atau mengecil jika konsentrasi anda telah menyatu. atau cahaya lilin akan bertambah terang keputihan, sehingga pada tepinya akan nampak semburan sinar sebagai profil. tahanlah kerdipan mata sejarang mungkin sampai minimun dan tidak berkedip sama sekali.
getarkanlah tenaga jiwa dengan perintah2 dalaman agar nyalaan lilin itu diam atau bergoncang dgn kuat atau perintah untuk matikan. tapi mati itu bukan tujuan, just nak melatih kekuatan jiwa anda dan agar perintah yg anda berikan nanti memuat tenaga penaklukan.

sambung...