بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَِن الرَّحِيْمِِ Selamat Datang Ke BLoG Sutan Maakad Jerantut

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَِن الرَّحِيْمِِ

AYAT SYIFA' - At-Taubah ( surah 9 : ayat 14-15 )

قَاتِلُوهُمْ يُعَذِّبْهُمُ اللّهُ بِأَيْدِيكُمْ وَيُخْزِهِمْ وَيَنصُرْكُمْ عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُورَ قَوْمٍ مُّؤْمِنِينَ

وَيُذْهِبْ غَيْظَ قُلُوبِهِمْ وَيَتُوبُ اللّهُ عَلَى مَن يَشَاء وَاللّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Alhamdulillah..

Assalamualaikum pada semua pengunjung blog, apa yg hendak dipaparkan dalam blog ini tidak lain hanya untuk berkongsi pandangan, pendapat dan idea,

selamat membaca.

Dunia dan Masa

Sunday, December 6, 2009

HIPNOTISME

hipnosis adalah satu pencapaian yang menakjubkan.. orang dulu2 kata hipnosis adlah salah satu bahagian ilmu ghaib.. tapi zaman moden sekarang nih lebih kepada ilmu ilmiah.. yang dimulakan dengan saranan..

HYNOTISME.

betapa popularnya hipnosis nih bukan sahaja dipelajari oleh orang biasa bahkan ahki korporat, ahli akrobatik,show mistik, dan juga cendiakawan dan para ilmuan.dari lapisan bawah hingga ke lapisan atas.
anda sememangnya perlu mengetahui apakah sebenarnya perjalanan hypnotisme ini

Hampir setiap orang sebenarnya melakukan saranan ini, dalam hubungannya pendidikan orang tua kepada anak2, penjual kepada pembeli, guru kepada murid, doktor dengan pesakit dan pemimpin dengan rakyat.
contoh.. seorang penjual kain dengan customernya, "untuk barang ni saya berikan dengan harga borong. biarlah untuk anda saya tak de hal. cuba lihat....'' penjual itu menyuruh memegang kain dengan mimik muka yg seruis."kain ini memang yang terbaik, halus dan tidak luntur. Anda cukup sensitif dalam memilih kain begitupun warna dan corak yang anda pilih serasi benar dengan potongan anda.

jika si pembeli tidak menolak, maka beranggapan seperti apa yang dikatakan oleh penjual. ia akan melihat kain itu lebih menarik halus dan baik, serta harganya murah. dengan senang hati dibelinya kain tersebut."

contoh yang diambil dari dari DR. J. Wanterink tentang saranan.
"berdasarkan keputusan mahkamah, maka di sebuah kota ada sebuah kawasan perkuburan yang perlu digali berikutan mayatnya akan di bedah siasat. hanya pegawai2 rasmi, juga turut hadir beberapa mahasiswa dan siswi. penggalian di teruskan, maka terciumlah oleh beberapa mahasiswa dan siswi itu bau mayat yg telah membusuk. bahkan salah seorang mahasiswi jatuh pengsan kerana tidak tertahan bau yang di keluarkan dari kubur tersebut. ketika keranda dibuka,tidak ada apa2 langsung didalamnya" jadi sebenarnya bau busuk itu tidak ada.mahasiswa dan siswi itu mencium bau busuk kerana saranan.
untuk lebih jelas saya ada contoh lain yang diambil dari Prof A.Ghazali M.A.cs mengenai saranan.
ditempat2 peranginan yang bergunung ganang biasa sejuk contoh cameron,
dimalam hari di rumah pesinggahan kerap kali dinyalakan api tempat tetamu berdiam diri.pada satu malam beberapa orang tetamu duduk mengelilingi api seraya berbual-bual. salah seoarang daripada mereka telinga dan mukanya menjadi merah kerana kepanasan. oleh kerana itu ia berkata kepada tuan rumah "bolehkah api ini dikecilkan sedikit? terlalu panas rasanya" tuan rumah itu tercegang. "itu bukan api" ujarnya. "itu hanya lampu kecil yang diselubungi kertas merah, lalu diletakkan kayu2 agar nampak cantik bilik tetamu ini. malam ini sengaja tidak dinyalakan api, kerana bagi kami tidak seberapa dingin."

jadi jelaslah bukan kerana api yang tetamu itu merasa panas melainkan kerana saranan.
keadaan kayu yang disinari oleh lampu merah kelihatan seperti kayu yang membara dan panas yang menyorot kemuka dan bahagian tubuh para tetamu. kenangan panas di mindanya terbangkit2. maka perasaan panas itu dirasai oleh para tetamu tersebut.

seoarang pesakit menerima kertas resit dari doktor yang memeriksanya. " ini ubatnya jika minum ubat itu kau akan sembuh" kebetulan pesakit itu adalah orang kampung yang tidak berpengalaman, resit itu tidak ditukarkannya dengan ubat, terus bawak balik.ia meremdamkan kertas itu kedalam segelas air dan setiap waktu dibuat ubat sebagai minuman. ia merasakn badannya sihat kembali dan ia bagitau kepad isterinya bahwa ubat yang doktor bagi tu benar2 mujarab..

dengan beberapa contoh di atas mungkin anda pernah mengalami hal2 yang bersangkutan dengan saranan. mungkin juga anda seorang yg tau saranan. jadi definisi saranan lebih kurang demikianlah..sambung..