بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَِن الرَّحِيْمِِ Selamat Datang Ke BLoG Sutan Maakad Jerantut

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَِن الرَّحِيْمِِ

AYAT SYIFA' - At-Taubah ( surah 9 : ayat 14-15 )

قَاتِلُوهُمْ يُعَذِّبْهُمُ اللّهُ بِأَيْدِيكُمْ وَيُخْزِهِمْ وَيَنصُرْكُمْ عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُورَ قَوْمٍ مُّؤْمِنِينَ

وَيُذْهِبْ غَيْظَ قُلُوبِهِمْ وَيَتُوبُ اللّهُ عَلَى مَن يَشَاء وَاللّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Alhamdulillah..

Assalamualaikum pada semua pengunjung blog, apa yg hendak dipaparkan dalam blog ini tidak lain hanya untuk berkongsi pandangan, pendapat dan idea,

selamat membaca.

Dunia dan Masa

Saturday, February 20, 2010

Latihan Memandang Titik ( hipnotisme )

Getaran batin itu amat perlu dalam pembentukan tenaga dalam dan untuk memperkuatkan keinginan anda.

A) Memandang Titik Putih

Buatlah titik putih pada manilakad atau apa2 kad yang backgroundnya hitam. sebesar benih jagung. dan lekatkan pada dinding. aturlah jarak dengan memindahkan tempat duduk anda, hari demi hari. konsentrasi sama dengan cara memandang lilin. titik putih semakin lama semakin bercahaya mengecil atau membesar.

B) Memandang Titik Hitam

Buatlah titik hitam pada dasar putih dan lekatkan pada dinding, perintahkan terus agar titik hitam itu lenyap atau bergoyang. bukan bererti latihan ini akan melenyapkan titik hitam itu, tetapi akan memantapkan kehendak anda secara kuat.

C) Memandang Jarum Loceng hitam

Jika anda tidak memiliki jam loceng di dinding, dengan itu pergi beli jam dan letak dekat dinding. pandanglah jarum saat yang bergerak dan perintahkan jarum saat itu berhenti berputar atau berpusing terbalik.

D) Memandang Wajah Anda Di Cermin

Berdirilah di hadapan cermin dan anggaplah bayangan anda itu subjek ( orang yang anda nak tundukan ). Pandangan anda kearah jidat ( titik antara dua mata di atas hidung ). waktu anda memandang wajah anda, berikan kata2 didalam hati bahawa anda seorang hipnotist yang kuat. wajah anda membanyangkan sebuah kekuatan yang sanggup menakluk siapa sahaja.

berinteraksi dengan diri dalaman anda.. semudah A,B,C

letakan ibu jari tangan anda pada dada kemudian anda tanya atau self suggestion. ketika itu diri dalam anda sedar bahawa anda sedang berbicara dengan diri dalaman.

Saturday, February 13, 2010

hipnosis2 kekuatan mata

alat penyaluran tenaga kekuasaan yg paling utama adalah mata, bahasa arabnya "ain" that y ada penyakit yg diberi nama "penyakit ain" nanti saya akan terangkan dalam bab lain apa itu penyakit ain.

mata adalah tempat penyaluran tenaga, mata hypnotist penuh cahaya penaklukan, sehingga orang biasa tak akan sanggup menentangnya lama-lama. alat2 penyalur tenaga-tenaga yg ditimbulkan dalam jiwa mata perlu mendapat kekuatan pula dengan melakukan beberapa latihan tertentu.
untuk ini anda dapat melatihnya dengan meletakan lilin, lampu,titik hitam dan titik putih, melihat mata anda dikaca, dan melihat barang yg bergerak seperti jarum jam atau benda lain yg digantung.

MEMANDANG LILIN
letakkan lilin menyala depan mata anda dengan jarak 4meter. jarak ini boleh diubah-ubah, misalnya hari ini dengan jarak 1m, keesokan harinya 2m, dan begitulah selanjutnya sehingga sampai 4m.

perubahan jarak ini adalah untuk menjaga "keelastian" akomodasi mata anda. dlm pandangan mata ini terangkum pula konsentrasi. dan sekaligus anda melatihnya. pusatkan fikiran anda pada lilin tanpa berkedip dlm jangka waktu menurut batas kemampuan anda dan kemudian anda naikkan jangka waktu itu tahap demi tahap sampai anda sanggup memandang tanpa berkedip selama setengah jam,atau lebih lama lagi.
waktu anda membuat latihan ini anda dilarang berfikir tentang orang lain,meyentuh,mendengar dan lain2nya
jagalah jangan sampai terlalu banyak angin menebus mata anda. akhir nanti anda akan melihat api lilin tersebut semakin membesar atau mengecil jika konsentrasi anda telah menyatu. atau cahaya lilin akan bertambah terang keputihan, sehingga pada tepinya akan nampak semburan sinar sebagai profil. tahanlah kerdipan mata sejarang mungkin sampai minimun dan tidak berkedip sama sekali.
getarkanlah tenaga jiwa dengan perintah2 dalaman agar nyalaan lilin itu diam atau bergoncang dgn kuat atau perintah untuk matikan. tapi mati itu bukan tujuan, just nak melatih kekuatan jiwa anda dan agar perintah yg anda berikan nanti memuat tenaga penaklukan.

sambung...

Sunday, December 6, 2009

HIPNOTISME

hipnosis adalah satu pencapaian yang menakjubkan.. orang dulu2 kata hipnosis adlah salah satu bahagian ilmu ghaib.. tapi zaman moden sekarang nih lebih kepada ilmu ilmiah.. yang dimulakan dengan saranan..

HYNOTISME.

betapa popularnya hipnosis nih bukan sahaja dipelajari oleh orang biasa bahkan ahki korporat, ahli akrobatik,show mistik, dan juga cendiakawan dan para ilmuan.dari lapisan bawah hingga ke lapisan atas.
anda sememangnya perlu mengetahui apakah sebenarnya perjalanan hypnotisme ini

Hampir setiap orang sebenarnya melakukan saranan ini, dalam hubungannya pendidikan orang tua kepada anak2, penjual kepada pembeli, guru kepada murid, doktor dengan pesakit dan pemimpin dengan rakyat.
contoh.. seorang penjual kain dengan customernya, "untuk barang ni saya berikan dengan harga borong. biarlah untuk anda saya tak de hal. cuba lihat....'' penjual itu menyuruh memegang kain dengan mimik muka yg seruis."kain ini memang yang terbaik, halus dan tidak luntur. Anda cukup sensitif dalam memilih kain begitupun warna dan corak yang anda pilih serasi benar dengan potongan anda.

jika si pembeli tidak menolak, maka beranggapan seperti apa yang dikatakan oleh penjual. ia akan melihat kain itu lebih menarik halus dan baik, serta harganya murah. dengan senang hati dibelinya kain tersebut."

contoh yang diambil dari dari DR. J. Wanterink tentang saranan.
"berdasarkan keputusan mahkamah, maka di sebuah kota ada sebuah kawasan perkuburan yang perlu digali berikutan mayatnya akan di bedah siasat. hanya pegawai2 rasmi, juga turut hadir beberapa mahasiswa dan siswi. penggalian di teruskan, maka terciumlah oleh beberapa mahasiswa dan siswi itu bau mayat yg telah membusuk. bahkan salah seorang mahasiswi jatuh pengsan kerana tidak tertahan bau yang di keluarkan dari kubur tersebut. ketika keranda dibuka,tidak ada apa2 langsung didalamnya" jadi sebenarnya bau busuk itu tidak ada.mahasiswa dan siswi itu mencium bau busuk kerana saranan.
untuk lebih jelas saya ada contoh lain yang diambil dari Prof A.Ghazali M.A.cs mengenai saranan.
ditempat2 peranginan yang bergunung ganang biasa sejuk contoh cameron,
dimalam hari di rumah pesinggahan kerap kali dinyalakan api tempat tetamu berdiam diri.pada satu malam beberapa orang tetamu duduk mengelilingi api seraya berbual-bual. salah seoarang daripada mereka telinga dan mukanya menjadi merah kerana kepanasan. oleh kerana itu ia berkata kepada tuan rumah "bolehkah api ini dikecilkan sedikit? terlalu panas rasanya" tuan rumah itu tercegang. "itu bukan api" ujarnya. "itu hanya lampu kecil yang diselubungi kertas merah, lalu diletakkan kayu2 agar nampak cantik bilik tetamu ini. malam ini sengaja tidak dinyalakan api, kerana bagi kami tidak seberapa dingin."

jadi jelaslah bukan kerana api yang tetamu itu merasa panas melainkan kerana saranan.
keadaan kayu yang disinari oleh lampu merah kelihatan seperti kayu yang membara dan panas yang menyorot kemuka dan bahagian tubuh para tetamu. kenangan panas di mindanya terbangkit2. maka perasaan panas itu dirasai oleh para tetamu tersebut.

seoarang pesakit menerima kertas resit dari doktor yang memeriksanya. " ini ubatnya jika minum ubat itu kau akan sembuh" kebetulan pesakit itu adalah orang kampung yang tidak berpengalaman, resit itu tidak ditukarkannya dengan ubat, terus bawak balik.ia meremdamkan kertas itu kedalam segelas air dan setiap waktu dibuat ubat sebagai minuman. ia merasakn badannya sihat kembali dan ia bagitau kepad isterinya bahwa ubat yang doktor bagi tu benar2 mujarab..

dengan beberapa contoh di atas mungkin anda pernah mengalami hal2 yang bersangkutan dengan saranan. mungkin juga anda seorang yg tau saranan. jadi definisi saranan lebih kurang demikianlah..sambung..

Thursday, November 26, 2009


Site Meter

Monday, November 23, 2009

sambungan 1 hantu dan anda

Assalamualikum..
mudah-mudahan berkat kepada anda hari ini..dan akan datang.. InsyaAllah.

baik saya sambung apa yang dicerita minggu lepas..
zaman tu memanglah tak tau apa.. orang cerita pasal hantu kita pun sama.. tapi untuk pengetahuan anda kita sebenarnya tak perlu takut hantu..
1. hantu tak wujud dalam Al-Quran pun tak penah sebut pasal hantu.. yang ada adlah jin dan syaitan.
2. yang mereka2 cerita hal hantu nih memang dari zaman nenek moyang kita kalu nampak je pendek warna hijau di panggil toyol, kalu tinggi dipanggil hantu galah. kalu main nyorok2 waktu petang mak ayah kita cakap" hah main lah nanti kena sorok dengan hantu kopek baru tau" dan yang sebenarnya hantu tidak wujud sama sekali yang wujud adalah manusia, jin syaitan, dan benda2 ghaib yang telah kita maklum..
orang melayu memang pandai bagi nama..

asal usul jin.

1.dalam surah Ar Rahman ayat 15 "dan Dia menciptakan jin dari nyalaan api"
2.dalam surah Al Hijr ayat 27 "Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas"
3.dalam surah Al A`raaf ayat 12 "Saya lebih baik darinya: 'Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakannya dari tanah"
al jan adalah bapa jin gelarannya adalah al-jan(bapa jin) namaya azazil begitu juga manusia Adam gelaranya bapa manusia. azazil ini yang telah dilaknat oleh ALLAH S.W.T kerana tidak sujud kepada Nabi Adam.
azazil juga telah memohon kepada ALLAH S.W.T supaya di panjangkan umurnya sehingga tiupan sangkakala, ALLAH S.W.T tunaikan hajatnya.. tidak lain hajatnya adalah untuk menyesatkan manusia..

jenis-jenis jin
untuk maklumat syaitan itu adalah bangsa jin.. tapi dia jahat dan kafir. tidak semua jin itu adlah kafir, ada juga jin islam yang soleh dan jin yang tidak soleh iaitu (kafir) makhluk jin ini terdapat dalam tiga jenis
1. jenis yang mempunyai sayap dan ia boleh terbang di udara.
2. jenis berupa ular dan kalajengking
3. jenis yang suka berpindah-randah
hadis riwayat at tabraniy, al Hakim dan al Baihaqiy dalam kitab al Asmaa`was sifat dengan sanad yg sahih.

(adakah anda perempuan yg belum kahwin nak tunggu mimpi ular dulu baru nak kahwin)
kalau anda bermimpi ular maknanya ada gangguan lah tu..

Kediaman jin

Rasullullah S.A.W seringkali keluar ke padang pasir bertujuan dakwah dan mengajar kepada bangsa jin ini tentang perkara2 keagamaan.
lokasinya dipadang pasir yang luas, tempat2 kotor, dan tumpang menetap di rumah kita.
hadis diriwayatkan oleh Abu Bakar ibnu `Ubaid berkenaan tipu daya syaitan dari Yazid dengan lafaz
"tidak ada satu kediaman (rumah) pun dari kediaman orang2 islam melainkan turut serta dihuni oleh makhluk jin beragama islam di atas cerucuk atap rumah mereka. apabila hidangan tengahari dihidangkan, maka masing2 (jin) pun bersegera turun untuk makan bersama manusia. dan apabila hidangan malam pula dihidangkan, maka masing2 sekali lagi turun untuk makan bersama mereaka (manusia). ALLAH sentiasa memelihara keselamatan golongan manusia dari (pengkianatan) mereaka (jin)."

Saturday, November 21, 2009

KENAPA PERLU TAKUT HANTU?

tajuk ini memang best je bunyinya... tapi apakah realitinya.. segelintir diantara kita memang tak tahu pasal hantu nih.. apa kebendanya hantu ini?.. sebut je hantu ada di pokok2 semua lintang pukang lari.. sebelum saya pergi lebih jauh. saya nak cerita sedikit mengenai sejarah hidup saya mengenai makhluk ini..
awal tahun 1993
saya pergi mengaji quran pada waktu jam 2ptg habis mengaji jam 3ptg kebiasaanya lah.. so bila time balik mesti kena melintas kat landrover buruk sebelum sampai rumah saya, rasa seram semacam jer naik bulu roma. hari kehari pun sama sehinggalah saya sendiri rasa tak puas hati.. satu hari lepas mengaji saya tunggu dekat land rover buruk tu nak tengok kenapa tempat tu rasa seram.. 1 jam tunggu takde apa yg berlaku. saya pun lalu seperti biasa... jeng..jeng..jeng.. maka ketika itulah apa2 yang saya takuti tu muncul di belakang.. perempuan pakai telekong sembahyang, sambil senyum je.. terus lari lintang pukang.. takut jgk beb.. yang pelik pada siang hari tu bleh menjelma? org kata malam je ada hantu?
ok persolannya kenapa perlu takut? adakah hantu itu buruk sangat?
continue...

KEWUJUDAN MAKHLUK JIN ADALAH BENAR

keimanan terhadap perkara ghaib.........
diantara asas-asas akidah Islam adlah beriman kepada perkara2 ghaib.. memang itulah bentuk sifat keimanan utama yg dimiliki oleh orang yg bertakwa. lihat firman Allah S.W.T dlm surah albaqarah ayat 1-3.  " Alif, Lam, Mim. Kitab (al-quran) ini tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka yg bertaqwa, (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang telah kami rezekikan kepda mereka."
banyak lagi dalil2 dari al quran dalam surah al- ahqaaf29, al-an`aam130, ar-rahman33,al-jin 1, al-jin 6.