بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَِن الرَّحِيْمِِ Selamat Datang Ke BLoG Sutan Maakad Jerantut

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَِن الرَّحِيْمِِ

AYAT SYIFA' - At-Taubah ( surah 9 : ayat 14-15 )

قَاتِلُوهُمْ يُعَذِّبْهُمُ اللّهُ بِأَيْدِيكُمْ وَيُخْزِهِمْ وَيَنصُرْكُمْ عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُورَ قَوْمٍ مُّؤْمِنِينَ

وَيُذْهِبْ غَيْظَ قُلُوبِهِمْ وَيَتُوبُ اللّهُ عَلَى مَن يَشَاء وَاللّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Alhamdulillah..

Assalamualaikum pada semua pengunjung blog, apa yg hendak dipaparkan dalam blog ini tidak lain hanya untuk berkongsi pandangan, pendapat dan idea,

selamat membaca.

Dunia dan Masa

Sunday, February 21, 2010

Pernafasan Dan Pembentukan Tenaga Ghaib

Memang hampir semua ilmu ghaib tidak terlepas daripada ilmu pernafasan. Pelajaran prana ini berasal daripada india, mengingatkan disitulah pusat kebudayaan pada zaman silam dan mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap dunia. Asalnya dari Pranayama, yang ertinya kurang lebih demikian: PRANA adalah Vayu yang mengalir di dalam tubuh atau jiwa/roh. YAMA adalah suci ( menghindari segala sesuatu yang tidak baik) Jadi PRANA YAMA adalah jiwa yang suci.

Mengapa semua ilmu ghaib mengamal sistem Pranayama? sebab ilmu ghaib, mengutamakan kekuatan jiwa, kerana berorientasi pada rohani dari semua agama, maka kekuatan jiwa itu sumber dari kesucian. hanya orang2 yang bersih jiwanya yang sanggup mengeluarkan kelebihan2 yang istimewa.

Kemudian pada zaman moden ini ILMU JIWA mengadakan pertemuan dengan ilmu2 ghaib melalui subconcious mind ( separa sedar ) dan bawah sedar. kekuatan atau cakra yang kuat itu ada pada 2 jari dari bawah pusat.

jadi pernafasan ini tidak lain untuk menguatkan daya pengaruh dan hati kita supaya mudah bagi kita menguasi cabang ilmu tersebut

1) Kosongkan fikiran anda
teknik kosongkan pikiran adalah dengan memandang dinding serba putih atau hijau dalam 2 atau 5 minit.
jika ada ganguan atau sebarang bentuk khayalan atau imaginasi lain anda berkata " konsentrasi aku tidak diganggu oleh yang itu"

2) anda menarik nafas dalam-dalam sehingga kempis perut, tahan selama mana dan ketika menahan nafas tersebut anda harus imaginasikan segala penyakit,perkara yang tidak baik apa2 sekali pun keluar bersama.
anda lepaskan nafas tersebut dengan bayangan segala bentuk tenaga negatif turut keluar bersama. ingat keluarkan nafas sehingga habis, sehingga anda rasa koong dan kempis. maka sekarang anda berada dalam pernafasan yang baru, badan anda sekarang telah ditukar dengan oksigen yang baru... segala oksigen yang lama telah anda keluarkan.. bagus...

3) sekarang anda perlu duduk dengan selesa dan tenang tampa berfikir apa2.
niatkan segala ion-ion positif masuk ketika anda menarik nafas. tarik mengikut denyutan nadi atau jantung.

4) contoh Tarik 4saat ( denyutan nadi ) tahan 2 saat, lepaskan nafas 4 saat, kosongkan 2 saat. begitulah seterusnya sehingga anda tingkatkan tahap dengan gandaan dua. 8,4,8,4 dan 10,8,10,8 dan seterusnya.

apabila anda sudah biasa dan dapat mengikuti jejak denyutan nadi dan seirama dengan jantung maka gelombang anda telah sama dan ketika itu anda diperingkat pertama dalam proses pernafasan.

No comments:

Post a Comment