بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَِن الرَّحِيْمِِ Selamat Datang Ke BLoG Sutan Maakad Jerantut

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَِن الرَّحِيْمِِ

AYAT SYIFA' - At-Taubah ( surah 9 : ayat 14-15 )

قَاتِلُوهُمْ يُعَذِّبْهُمُ اللّهُ بِأَيْدِيكُمْ وَيُخْزِهِمْ وَيَنصُرْكُمْ عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُورَ قَوْمٍ مُّؤْمِنِينَ

وَيُذْهِبْ غَيْظَ قُلُوبِهِمْ وَيَتُوبُ اللّهُ عَلَى مَن يَشَاء وَاللّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Alhamdulillah..

Assalamualaikum pada semua pengunjung blog, apa yg hendak dipaparkan dalam blog ini tidak lain hanya untuk berkongsi pandangan, pendapat dan idea,

selamat membaca.

Dunia dan Masa

Sunday, March 14, 2010

TEKNIK SARANAN DIRI

kekuatan jiwa

Dalam kehidupan sehari-hari samaada sedar ataupun tidak kita telah mensarankan diri kita kepada tindakan positif dan negatif. akibat daripada ini berlakulah tindak balas pro dan kontra yang melibatkan kesan yang mendalam pada diri terdiri kita atau (subconcious mind). pertembungan tenaga saranan secara sengaja dan tidak ini membuatkan kita terbelenggu di dalam memutuskan idea,keyakinan,was2 dan tindakan tidak proaktif, maka akan berlaku salah faham, tafsiran sendiri tentang ilmu ghaib secara mistik dan berbagai lagi. apa kata sekarang juga saya hendak mengajak sidang pembaca kearah saranan diri yang positif. saya terjemahkan dahulu
Maksud Teknik Saranan Diri.
Teknik= adalah satu cara atau menunjukan sesuatu yang lebih praktikal.
Saranan= syorkan, bercakap, melatih bercakap.
Diri= wujud, dalaman, kepekaan dari neuron untuk di positifkan kepada diri dan orang lain.

ok sedikit sebanyak anda dapat memahami nanti setelah anda mengikuti, mengkaji dan menganalisis artikel ini. saya akan memandu anda dalam satu imaginasi lain.. bab kata albert einstein imaginasi lebih penting dari pengetahuan, pengetahuan itu terbatas, sedangkan imaginasi meliputi seluruh dunia. demikian ungkapan keramat saintis tersohor dunia.. petikan dari akhbar kosmo 13mac2010. ini bermakna saranan diri albert begitu tinggi dan dapat melonjakan dirinya ke arah tampa batas dari segi ilmu fizik.

baik sekarang saya teruskan dengan agenda kita seperti yang saya war-warkan. teknik saranan diri, dengan contoh seperti diatas anda telah memahami serba sedikit bagaimana proses saranan diri ini bekerja untuk anda. perkataan yang telah digunakan pada diri sendiri. saya tanya anda apakah anda sering mengunakan teknik ini ketika anda sedang makan, ketika mahu tidur, ketika dalam masalah atau tekanan,dan ketika apa pun anda. secara sedar atau tidak bahawa minda anda telah memproses satu saranan dari kata2 anda bagi merealisasikan tujuan anda samada baik atau buruk samada anda minta atau tidak. kerana hanya satu perkataan yang anda sebutkan telah merubah segala pesepsi kawan-kawan anda, jesteru merubah diri anda. proses saranan diri ini berlaku setiap saat,jam,hari,minggu,bulan,tahun,abad,dekad sehinggalah ke titik akhir dalam hidup anda.. jadi adakah anda mahu perkataan yang anda sebut itu pada satu hari menyebabkan anda berada dalam kerugian,kemiskinan,kekafiran,kebodohan, kecermelangan,kebaikan,kerajinan,kekayaan,kekuatan,kepandaian. semuanya terletak pada diri anda.. (untuk maklumat ini adalah satu proses dan teknik jika anda berasa was-was sila berhenti membaca artikal ini)emm... nampak macam menarik! anda nak teruskan.. baik silakan, anda nak rasa perubahan diri dengan teknik ini bukan? jadi perenggan seterusnya anda mesti ikut arahan.

mulai perenggan ini. adakah dinasihatkan memikir hanya yang positif, yang baik, yang murni, yang sihat, yang jitu dan yang hebat.

anda duduk dengan keadaan selesa walau dimana jua anda berada baik diatas kerusi sedang membaca artikel ini, sedang melayan talifon dan sedang membuat kerja. kaedah menghidupkan keselesaan diri ini lebih praktikal jika anda sedang bermeditasi atau bertafakur dengan mengambil wuduk terlebih dahulu. anda wajib memejamkan mata (baca dulu) tarik nafas dalam-dalam seperti teknik pernafasan dalam artikel sebelum ini. kosongkan fikiran.. bagaimana? anda hanya menyebut. "aku tidak diganggu oleh yang itu" "aku berasa tenang dan bertenaga" di susuli teknik pernafasan.
badan anda akan menerima saranan anda tadi secara sedar, dan proses tersebut berlaku dengan pantas setiap nanosaat anda telah menerima begitu banyak tenaga. tenaga disekeliling anda. tenaga itu adalah positif, bergerak mengelilingi anda. semakin tebal dan berskala 50meter.. wau hebat sekali..
10minit berlalu anda kini berada dalam tahap alfa dengan kata lain bawah sedar. segala apa yang anda sebutkan pada waktu ini. diri anda cepat menerima dan memproses. katakan pada diri anda bahawa mulai saat ini "aku akan berkata-kata hanya yang positif dan yang terbaik" ini adalah doa atau programming kita secara tak langsung. programming akan saya cerita lebih lanjut dalam bab lain.
habis teknik saranan..
sekarang anda perlu mempraktikan teknik ini dirumah dan dimana2 anda suka. anda hanya perlu mengambil satu hari sahaja untuk tidak mendengar perkataan2 yang -ve, bercakap,memandang,perbuatan,rasa,terfikir, dan apa sahaja yang sama erti. selepas sehari anda berjaya.. anda akan rasa bahwa nikmat bercakap positif itu amatlah best sangat. secara tidak langsung gelombang yang ada pada anda akan mempengaruhi orang lain sehingga anda mampu mengarah, mempertahankan diri ( gelombang ) bertukar menjadi positif. sekian buat tatapan sidang pembaca. nanti akan saya susuli dengan beberapa teknik susulan. InsyaALLAH..

No comments:

Post a Comment